Auto Added by WPeMatico

JOHOR BAHRU – Pembukaan Hospital Pasir Gudang (HPG) di sini yang sepatutnya mula beroperasi secara berperingkat sejak 1 Ogos lalu terpaksa ditangguhkan ke tahun depan dan antara isu utama disebabkan kekurangan petugas kesihatan termasuk doktor serta jururawat.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon, Kementerian Kesihatan dan kerajaan negeri bersetuju menangguhkan pembukaan hospital berkenaan bagi mengelak sebarang komplikasi akibat kekurangan kakitangan.
“Kekurangan petugas kesihatan merupakan antara isu utama yang sedang kami hadapi. Jika hospital ini beroperasi tanpa tenaga kerja mencukupi, kami bimbang pelbagai isu dan masalah akan ada pada masa akan datang.
“Bagaimanapun, HPG tidak akan dibiarkan tidak berfungsi sebaliknya akan menjadi fasiliti sokongan kepada Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) yang merupakan dua hospital tersibuk di negeri ini,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini.
Katanya, pihaknya akan meneruskan perbincangan dengan KKM bagi memastikan HPG dapat memulakan operasi dengan jumlah petugas mencukupi.
Pada 29 Jun lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dilaporkan memberitahu HPG akan memulakan operasi fasa pertamanya pada 1 Ogos ini melibatkan kira-kira 30 peratus daripada keseluruhan operasi hospital berkenaan. – KOSMO! ONLINE
The post Pembukaan Hospital Pasir Gudang tangguh, doktor, jururawat tak cukup appeared first on Kosmo Digital.