Auto Added by WPeMatico

AMPANG – Maklum akan kekecohan membabitkan sahabat baiknya, Bella Astillah dan pelakon Sophia AlBarakbah, penyanyi Adira Suhaimi mengakui ada menghubungi aktres itu untuk memberikan sokongan moral dari jauh.
Pun begitu Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 34, enggan mengulas panjang tentang ‘ribut’ yang sedang melanda rakan selebritinya itu, sebaliknya mengambil pendekatan mendoakan agar semuanya baik-baik sahaja.
“Betul, kami ada berhubung. Semalam (kelmarin), saya ada hantar mesej kepada dia. Tapi rahsialah, tak boleh beritahu apa yang dibualkan.
“Tapi saya sentiasa beri dia kata-kata semangat. Kalau dia gembira, kita pun tumpang bahagia. Kalau dia sedih, kita sama rasa sedih juga.
“Tapi apa yang saya mampu buat, saya akan terus doakan yang terbaik untuk dia, insya-Allah,” katanya kepada Kosmo! Online.
Melihat ketabahan Bella mengharungi ujian, pelantun lagu Pujaan Hati itu percaya sahabatnya itu cukup kuat mengawal emosinya meskipun yakin ada duka yang tidak terlihat.
“Tapi kalau kita tengok, Bella dia kuat. Sangat kuat. Insya-Allah kita doakan agar dia okey sahaja.
“Apapun macam saya cakap tadi, kalau boleh, saya tak nak masuk campur lebih-lebih tapi saya sentiasa doakan Bella Supaya dia sentiasa bahagia.
“Berkenaan perkara lain (kemelut antara Bella dan Sophia), saya tak boleh nak komen,” ujarnya ketika ditemui pada sesi latihan akhir Konsert Tentang Cinta, di sini, semalam.
Dalam pada itu, Adira tidak menafikan turut berasa gembira melihat kebahagiaan Bella yang kini rapat dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Bagaimanapun, bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) itu menegaskan dirinya tidak menyibuk untuk bertanya sejauh mana status hubungan merpati dua sejoli itu.
“Tipulah kalau tak gembira. Kita nak tengok dia bahagia. Saya sendiri pun senyum-senyum tengok video mereka.
“Saya tengok sahaja tapi tidaklah bertanya sebab apa yang jadi antara kita, saya lebih selesa untuk simpan sendiri,” jelasnya.
Terdahulu, kecoh dalam media sosial apabila Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, didakwa bertindak tidak profesional ketika menyampaikan trofi Selebriti Feminin Terhangat kepada Sophia AlBarakbah pada malam kemuncak Anugerah Melodi Terhangat 2025, Ahad lalu.
Insiden itu mencetuskan semula kisah silam yang mengaitkan Sophia sebagai orang ketiga dalam kemelut rumah tangga Bella bersama bekas suami, Aliff Aziz.
Menurut pembantu peribadi Bella, Niel Rafeq, wanita itu masih mengalami trauma akibat pengalaman lalu yang menyakitkan hati dan sukar dilupakan.
Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 2016 sebelum disahkan bercerai pada 13 Jun 2023.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrian dan Ara Adreanna. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Bella sangat kuat, insya-Allah kita doakan dia okey sahaja’ appeared first on Kosmo Digital.