Auto Added by WPeMatico

WASHINGTON – Sesiapa yang didapati meraikan kematian penyokong kuat Presiden Donald Trump, Charlie Kirk harus dipertanggungjawabkan atas tindakan itu, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam yang memetik kenyataan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), JD Vance.
“Mereka perlu dipanggil keluar, malah, hubungi majikan mereka,” kata Vance ketika menjadi pengacara jemputan episod Charlie Kirk Show.
“Kita tidak percaya kepada keganasan politik tetapi kita percaya kepada kesopanan,” ujarnya.
Sebelum ini, juruterbang, golongan profesional perubatan, guru dan seorang kakitangan Perkhidmatan Rahsia adalah antara yang digantung atau dipecat kerana hantaran media sosial yang dianggap tidak wajar mengenai kematian Kirk.
Pada Rabu lalu, seorang lelaki yang disyaki menembak mati Kirk telah ditahan dan dikenali pasti sebagai Tyler Robinson.
Robinson, 22, mengelak daripada dikesan pihak berkuasa selama lebih sehari selepas menembak Kirk pada satu acara kampus di negeri Utah.
Sementara itu, kenyataan Vance muncul ketika ahli-ahli parlimen parti Republikan lain turut menyuarakan gesaan agar mereka yang secara terbuka meraikan kematian Kirk dihukum.
Kirk sering menyuarakan pandangan mengenai jantina, kaum dan pengguguran yang mencetuskan tentangan daripada golongan liberal, terutamanya di kampus-kampus yang beliau lawati. – AGENSI
The post Hukum individu raikan kematian Charlie Kirk – Naib Presiden AS appeared first on Kosmo Digital.