Auto Added by WPeMatico

![]()
IPOH – Perak merupakan kerajaan negeri pertama yang melancarkan Kios Kesihatan Pintar Sihat AI di negara ini sebagai langkah pengesanan awal penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetis dan hipertensi.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Perak, Mohd. Azlan Helmi berkata, projek rintis itu membolehkan rakyat negeri menjimatkan masa melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma.
“Rakyat tidak perlu lagi berpusu-pusu ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan ringan hanya perlu ke kios ini yang boleh mendapat konsultansi secara dalam talian dengan doktor panel yang dilantik syarikat.
“Kita akan dapat data kesihatan rakyat negeri dan sebagai langkah berikan kesedaran atau bantuan kepada rakyat yang terjejas seperti penyakit diabetis,” katanya ketika ditemuidi Pusat Tekno-Perdagangan Perak (PTTC) di sini hari ini.
Kios yang merupakan kerjasama pintar Perbadanan Digital Perak Holdings (Digital Perak) dan Pusat Kecemerlangan Teknologi Realiti Lanjutan Sdn. Bhd. (COEXRT-AI) yang menggabungkan penjagaan teknologi kesihatan dikuasakan AI.
Menerusi kios tersebut, pengguna boleh melakukan pemeriksaan kesihatan kendiri, memantau rekod kesihatan peribadi, menerima analisis kesihatan berdasarkan AI serta mengakses perkhidmatan teleperubatan. – KOSMO! ONLINE
The post Perak negeri pertama lancar kios kesihatan pintar AI appeared first on Kosmo Digital.
