Auto Added by WPeMatico

SELANGOR FC yakin penggempur baharu, Chrigor Moraes bakal meneruskan tradisi pasukan yang berjaya merekrut penyerang import berbisa sejak beberapa tahun lepas bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Meskipun gagal memberikan saingan yang diharapkan di peringkat domestik, skuad Gergasi Merah sentiasa dapat memperkenalkan penyerang import berkualiti dalam arena bola sepak tempatan.
Antara pemain yang berjaya mengharumkan nama Selangor FC selaku penggempur utama sebelum ini seperti Rufino Segovia, Ifedayo Olusegun, Herlison Caion, Ayron del Valle, Ronnie Fernandez dan Ali Olwan.
Jurulatih skuad Merah Kuning, Katsuhito Kinoshi berharap pengalaman Moraes bermain dengan pasukan di Liga Thailand, Buriram United dan PT Prachuap musim lalu dapat menambah sengat buat pasukan kali ini.
“Moraes mahu bersama pasukan dan kami yakin dia akan menambah kekuatan barisan serangan untuk musim ini. Dia memiliki pengalaman yang baik di Asia Tenggara serta mempunyai semangat yang tinggi dalam dirinya.
“Baru berusia 25 tahun, kami percaya masih mempunyai ruang untuk mengembangkan lagi bakatnya, dan saya melihat potensi dalam dirinya. Dalam masa yang sama, kesungguhannya untuk terus maju menjadikan dia satu aset bernilai untuk pasukan,” kata Kinoshi.
Moraes menjadi pemain import kedua yang ditandatangani oleh pengurusan Selangor FC pada jendela perpindahan kali ini selepas melengkapkan perpindahan pemain Thailand, Picha Autra minggu lalu.
The post Moraes sandaran baharu Selangor appeared first on Kosmo Digital.