Auto Added by WPeMatico

SEREMBAN – Seorang lelaki maut selepas tercampak keluar dari kenderaan pacuan empat roda dinaikinya dalam nahas membabitkan sebuah kenderaan lain di Kilometer (KM) 276 Lebuh Raya Utara–Selatan, di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, dalam kejadian pukul 6.50 pagi, mangsa bersama rakannya yang berusia 20-an, dalam perjalanan dari Bangsar menuju ke Seremban dengan menaiki Mitsubishi Trition.
“Kereta jenis Honda Jazz pula dipandu seorang wanita tempatan berusia 40-an bersama suami dan dua anak dalam perjalanan dari Seri Kembangan ke Johor.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda terbabit hilang kawalan sebelum melanggar besi penghadang jalan dan berpusing beberapa kali lalu merempuh bahagian belakang kereta, sebelum terbalik.
“Akibat pelanggaran itu, pemandu kenderaan pacuan empat roda tercampak keluar dan dihempap kenderaannya. Lelaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala,” katanya ketika dihubungi di sini.
Katanya, mayat mangsa yang maut dibawa ke Hospital Rembau untuk bedah siasat, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Menurut Abdul Malik, akibat kemalangan itu, berlaku kesesakan lebih kurang lima km dan menyebabkan penutupan satu lorong.- KOSMO! ONLINE
The post Pemandu maut tercampak, lebuh raya sesak 5km appeared first on Kosmo Digital.