Auto Added by WPeMatico

![]()
SETIU – Kegiatan sebuah kilang memproses kayu disyaki beroperasi secara haram menggunakan balak mencurigakan berjaya dipatahkan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Bukit Lawang, Hulu Nerus, di sini pada semalam.
Serbuan pada pukul 11 pagi itu berjaya merampas pelbagai peralata serta kayu balak dan proses dianggarkan berjumlah keseluruhan RM2.03 juta.
Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan sama juga berjaya memberkas 10 lelaki dipercayai pekerja kilang haram tersebut termasuk empat warga Indonesia dan seorang berstatus pemastautin tetap.
Beliau berkata, kesemua suspek gagal mengemukakan lesen perniagaan yang sah bagi menjalankan aktiviti memproses kayu berkenaan.
“Sehubungan itu, kita percaya kilang memproses kayu tersebut beroperasi secara haram.
“Pemeriksaan juga menemui sejumlah timbunan kayu disyaki tidak bercukai yang disorokkan di kawasan berhampiran berstatus tanah persendirian,” katanya di sini hari ini.
Ahmad Radzi berkata, siasatan awal mengesyaki kayu-kayu balak terbabit dibeli secara tunai daripada orang tengah tanpa sebarang rekod rasmi.
Beliau berkata, modus operandi tersebut dipercayai bagi mengelak pengesanan serta semakan kewangan oleh pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE
The post PGA serbu kilang kayu haram, aset RM2.03 juta dirampas appeared first on Kosmo Digital.

