Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Ramai yang memilih untuk pulang ke kampung pada Khamis ini bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri, berdasarkan undian yang dibuat menerusi media sosial Instagram dan Threads.
Undian tarikh balik kampung itu dibuat oleh usahawan dan juga pempengaruh, Khairul Aming yang mendapat maklum balas seramai 300,000 orang pengguna Instagram dan Treads.
Keputusan menunjukkan, sebanyak 65,165 undian atau 36 peratus responden di Instagram memilih pulang ke kampung pada Khamis ini, manakala peratusan di Thread pula sebanyak 34 peratus.
Di tempat kedua pula ialah hari Rabu yang mana sebanyak 49,325 undian diterima atau 27 peratus di Instagram, manakala 26 peratus responden memilih hari berkenaan pada Threads.
Selain itu, sebanyak 42,024 undian atau 23 peratus responden memilih pulang ke kampung pada hari Jumaat, manakala di Threads pula sebanyak 24 peratus.
Seterusnya, sebanyak 26,306 undian atau 14 peratus responden memilih pulang ke kampung pada esok, manakala sebanyak 16 peratus undian pada Threads memilih hari berkenaan.
“Berdasarkan undian, 300,000 orang daripada Instagram dan Threads, majoriti memilih untuk balik kampung hari Khamis. Tapi boleh tahan ramai nak balik Jumaat. Adakah Jumaat itu jatuh raya pertama? Sama-sama kita nantikan, sekian laporan tahun ini,” menurut kapsyen Khairul Aming.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan, jumlah kenderaan di lebuh raya dijangka meningkat dengan ketara bermula Selasa ini apabila golongan perantau pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dipetik berkata, peningkatan trafik itu merupakan fenomena biasa setiap kali menjelang perayaan besar dengan Plus menjangkakan dua juta kenderaan menggunakan lebuh raya pada hari-hari puncak bermula 20 Mac ini. – KOSMO! ONLINE
The post Ramai pilih balik kampung hari Khamis, adakah Jumaat raya? appeared first on Kosmo Digital.
