Auto Added by WPeMatico

![]()
SEREMBAN – Kesesakan trafik dari Senawang menghala ke Kuala Lumpur dijangka dapat dikurangkan apabila projek pembinaan susur keluar masuk (interchange) baharu di Nilai diluluskan dan dijadualkan bermula tahun hadapan.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata projek berkenaan yang akan melalui laluan Nilai–Labu–Enstek (NLE) diluluskan dalam mesyuarat Malaysia Vision Valley (MVV) baru-baru ini, dengan Kerajaan Persekutuan menanggung kos keseluruhan pembinaan.
“Kita dimaklumkan akan ada jalan baharu dan Plaza Tol Plus baharu yang akan dimulakan pembinaannya tahun depan. Projek ini ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan dan ketika ini pengurusan lanjut sedang diperincikan.
“Laluan baharu ini penting bagi menyuraikan trafik yang semakin sesak terutama dari Senawang ke arah Utara, termasuk ke Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO di Wisma Negeri, di sini, hari ini.
Aminuddin berkata, projek NLE sepanjang 18 kilometer itu kini sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada Julai 2026, sekali gus menjadi laluan alternatif utama bagi pengguna dari kawasan selatan menuju ke Lembah Klang. – KOSMO! ONLINE
The post Projek susur keluar baharu di Nilai dilulus, atasi kesesakan Senawang–KL appeared first on Kosmo Digital.