Auto Added by WPeMatico

SEREMBAN – Gara-gara memukul isteri yang mendoakannya untuk mendapat pekerjaan, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Mahkamah memerintahkan tertuduh, Mohd. Khairol Mohd. Abu, 40, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.
Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja telah menyebabkan cedera ke atas isterinya di sebuah rumah di Kampung Katub, Lenggeng, Nilai di sini kira-kira pukul 1 tengah hari, 6 Jun lalu.
Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan boleh dipenjara selama tempoh sehingga setahun, atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
Mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan boleh dipenjara sehingga dua kali ganda tempoh maksimum bagi sabitan kesalahan mengikut seksyen.
Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), K. Kogilawani yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara yang minimum kerana tertuduh bekerja kampung dan menyara lima anak dengan seorang daripadanya orang kurang upaya. – KOSMO! ONLINE
The post Isteri dipukul ketika doakan suami dapat kerja appeared first on Kosmo Digital.