Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji ikhtiar berterusan kerajaan Johor dalam menaik taraf aset warisan negeri itu.
Anwar turut memuji usaha kerajaan negeri itu memperkasa tarikan pelancongan negeri yang sejajar dengan aspirasi Tahun Melawat Johor.
“‘Salute’ (tabik hormat) saya buat kerajaan negeri Johor atas ikhtiar berterusan.
“Usaha ini turut menyokong agenda nasional sempena Tahun Melawat Malaysia dalam merancakkan ekonomi setempat di samping memelihara jati diri serta sejarah bangsa,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, beliau berkesempatan mengunjungi Muzium Diraja Abu Bakar di Johor Bahru, Johor hari ini.
Menurut beliau, muzium itu menghimpunkan khazanah diraja serta warisan sejarah dan kebudayaan Kesultanan Johor yang bernilai tinggi.
Ujar beliau, persekitaran landskap Muzium Diraja Abu Bakar juga terpelihara dan menarik. – KOSMO! ONLINE
The post Tabik hormat buat kerajaan negeri Johor – PM appeared first on Kosmo Digital.
