Auto Added by WPeMatico

![]()
SEPANG – Lembaga Tabung Haji (TH) akan mempertimbang cadangan supaya umur 60 tahun diberi kelayakan automatik bagi menunaikan haji menerusi pakej muassasah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, buat masa ini dasar penggiliran menunaikan haji ditentukan berdasarkan tarikh pendaftaran awal.
Beliau berkata, pihaknya memahami cadangan berkenaan dan ia sedia untuk dipertimbangkan oleh TH.
“Polisi sekarang adalah siapa yang daftar dahulu, dia didahulukan. Saya faham isu usia tersebut, tapi insya-Allah usul itu akan dibincangkan dan diberikan pertimbangan oleh Tabung Haji,” katanya pada Majlis Serahan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) 1447H/2026, di sini hari ini.
Semalam, beberapa Ahli Parlimen memohon TH mempertimbangkan supaya individu berumur 60 tahun ke atas diberikan kelayakan automatik untuk menunaikan haji melalui pakej muassasah.
Dalam perkembangan lain, Mohd. Na’im berkata, beliau sekali lagi mengingatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan mana-mana individu atau syarikat yang menawarkan kuota haji tanpa kebenaran TH.
“Saya merayu kepada rakyat, khususnya mereka yang benar-benar berhasrat menunaikan haji, supaya berhati-hati jika didatangi individu yang menawarkan kuota haji dengan jumlah yang tidak masuk akal,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post TH pertimbang cadangan usia 60 tahun layak automatik tunai haji muasasah appeared first on Kosmo Digital.