Auto Added by WPeMatico

![]()
KEMAMAN – Polis tidak menolak berlaku kecuaian sehingga berlakunya kebakaran dan letupan kabin penyimpanan dan kanopi jualan bunga api di Kampung Gong Limau, Chukai di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, unsur kecuaian disiasat memandangkan kebakaran tersebut berlaku sewaktu premis berisiko tersebut dibiarkan tanpa pengawasan sesiapa.
“Sewaktu kebakaran, gerai jualan bunga api tersebut dibiarkan tanpa pengawasan berikutan dua pekerjanya keluar untuk membeli makanan untuk bersahur.
“Kita juga akan menyiasat kemungkinan berlakunya pelanggaran permit jualan bunga api,” katanya di sini semalam.
Kosmo! hari ini melaporkan kebakaran tersebut mencetuskan letupan dan percikan bunga api selama 20 minit sekali gus menjadikan lokasi kejadian diibaratkan sebagai medan perang.
Mohd. Razi berkata, setakat ini, pemilik gerai jualan bunga api itu dan dua pekerjanya telah dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, semakan mendapati premis yang musnah terbakar berkenaan mempunyai permit sah untuk menjual bunga api. – KOSMO! ONLINE
The post Letupan bunga api: Siasat kemungkinan kecuaian, langgar permit appeared first on Kosmo Digital.
