Auto Added by WPeMatico

JAKARTA – Sekumpulan kanak-kanak lelaki di Indonesia mengundang perhatian ramai apabila dirakam membawa sejambak bunga untuk diberikan kepada teman wanita mereka, lapor portal berita Lambe Turah.
Pemberian itu dibuat sempena meraikan Hari Teman Wanita Sedunia.
Rakaman video di platform TikTok oleh akaun @naylamhrni_ menunjukkan empat kanak-kanak itu sedang menunggu ketibaan pasangan mereka sambil memegang sejambak bunga.
Lebih menarik, bunga itu dilengkapi lampu kelip-kelip.
Rakaman itu mencatatkan lebih 5.2 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Bagus, sejak kecil sudah pandai jaga hati pasangan,” kata seorang netizen.
“Siap lampu kelip-kelip. Saya mengaku saya kalah dengan mereka,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post Kecil-kecil sudah pandai bagi bunga appeared first on Kosmo Digital.