Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Memerang merupakan binatang yang hidup berkumpulan dan hanya berenang di kawasan perairan yang bersih serta jarang kelihatan di sekitar bandar.
Menerusi satu hantaran di platform TikTok milik @Aurora82, sekumpulan memerang kelihatan sedang berenang di sebuah parit berhampiran stesen LRT Bandaraya.
Meninjau ke ruangan komen, netizen telah memberi pelbagai reaksi terhadap hantaran tersebut.
“Petanda kualiti air itu bersih, wujudnya memerang,” ujar @AbamOyen.
“Yela tu bersih entah-entah diorang (mereka) dah takde polihan dan perlu beradaptasi” komen @Dididudu.
“Korang (kamu semua) tak payah petanda sangat la. Aku yang letak diorang (memerang) dekat situ, nanti aku datang balik amik. Letak kejap pun tak boleh,” seloroh @Shazlie Iqbal. – KOSMO! ONLINE
@eytanaz82Bukan main santai ko kan…
The post [VIDEO] Memerang muncul di bandar petanda air bersih? appeared first on Kosmo Digital.