Auto Added by WPeMatico

SHAH ALAM – Motosikal dan katil antara 94,000 metrik tan sampah berjaya dikeluarkan di Sungai Klang sejak 2018 hingga April lalu.
Pengarah Urusan Syarikat Landasan Lumayan Sdn. Bhd. (LLSB), Syaiful Azmen Nordin berkata, lambakan sampah tersebut menjadi salah satu punca sungai terbabit menjadi cetek.
Katanya, pihaknya memulakan projek pelebaran dan mendalamkan Sungai Klang pada tahun 2022.
“Sebelum ini, kesemua sampah menyebabkan sungai hanya mempunyai kedalaman satu hingga dua meter sahaja. Kami masih lagi meneruskan kerja mengeluarkan sampah di dasar sungai ini sambil melakukan kerja melebarkan dan mendalamkan sungai,” katanya ketika program taklimat dan lawatan Projek Mitigasi Banjir SMG Zon 8, di sini, hari ini.
Syaiful Azmen memberitahu, kerja-kerja pelebaran dan mendalamkan suungai iti sedang giat dilakukan melibatkan dua blok alirannya.
Ini merangkumi blok 1 dari Jambatan Parang, Klang sehingga Bandar Sultan Suleiman, Klang dan Blok 3 dari Kampung Sungai Kandis, Klang hingga Kampung Lombong, Shah Alam.
“Manakala bagi blok 2 iaitu dari Bandar Sultan Suleiman hingga Kampung Sungai Kandis dan blok 4 dari Kampung Lombong hingga Kampung Pasir, Kuala Lumpur dijangka akan bermula tahun depan,” jelasnya.
Mengulas lanjut, kata Syaiful Azmen Sungai Klang kini berada dalam kelas 3 berbanding kelima kira-kira tujuh tahun lalu. – KOSMO! ONLINE
The post Katil, motosikal antara 94,000 tan sampah dikeluarkan dari Sungai Klang appeared first on Kosmo Digital.