Auto Added by WPeMatico

TEHRAN – Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei berikrar bahawa negaranya tidak akan menunjukkan belas kasihan kepada Rejim Zionis, beberapa jam selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendesak agar Tehran berundur tanpa syarat.
“Kita mesti memberi tindak balas yang kuat kepada Rejim Zionis. Kami tidak akan menunjukkan belas kasihan kepada mereka,” tulis Khamenei di platform X.
Israel melancarkan kempen pengeboman pada minggu lalu yang tidak pernah berlaku sebelum ini dengan membedil kemudahan nuklear dan ketenteraan Iran serta kawasan perumahan.
Iran kemudian bertindak balas dengan melancarkan peluru berpandu serta dron.
“Kami telah melancarkan peluru berpandu hipersonik ke arah Israel,” kata Kor Pengawal Revolusi Islam.
Kelmarin, Trump mendesak Iran untuk menyerah tanpa syarat sambil menambah bahawa AS boleh membunuh Khamenei dengan mudah. – AFP
The post Tiada belas kasihan untuk Israel – Khamenei appeared first on Kosmo Digital.