Auto Added by WPeMatico

![]()
HULU TERENGGANU – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan melatih 50 wanita Orang Asli seluruh negara sebagai duta memperluaskan kempen kesedaran kanser serviks dalam kalangan komuniti tersebut.
Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Abdul Shukur Abdullah berkata, inisiatif diambil dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut merupakan langkah strategik mencapai eliminasi kanser serviks dalam kalangan wanita negara ini.
“Pendekatan ini juga bagi memperluas akses saringan dalam kalangan wanita Orang Asli dan pedalaman.
“Duta yang dilantik itu akan dilatih dan diperkasa dengan pengetahuan berkaitan kanser serviks, termasuk kaedah pengambilan sampel ujian HPV DNA secara kendiri, sebelum menyampaikan maklumat menggunakan pendekatan dan bahasa komuniti sendiri,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu beliau merasmikan sambutan Bulan Kesedaran Kanser Serviks Peringkat Terengganu.
Abdul Shukur berkata, sebagai permulaan, seorang wanita daripada suku Semaq Beri di Sungai Berua di sini, dilantik sebagai duta etnik.
Beliau berkata, duta etnik itu akan melaksanakan sekurang-kurangnya lima sesi kesedaran kanser serviks dalam komuniti masing-masing. – KOSMO! ONLINE
The post 50 wanita Orang Asli jadi duta kesedaran kanser serviks appeared first on Kosmo Digital.