Auto Added by WPeMatico

![]()
PASIR SALAK: Seorang lelaki maut manakala isteri dan empat anaknya terselamat selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas masuk ke dalam longkang di Kilometer 42, Kampung Pulau Juar, Kampung Gajah di sini semalam.
Mangsa yang maut ialah pemandu kereta, Mohd. Khirzee Musa berusia 39 tahun.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira yang terbabas masuk ke dalam longkang dengan terdapat enam sekeluarga di dalam kenderaan berkenaan.
“Seorang wanita dan 4 orang kanak-kanak telah dikeluarkan oleh orang awam dalam keadaan selamat sebelum bomba tiba di lokasi manakala seorang lelaki dewasa di bahagian pemandu.
“Lelaki terbabit tidak tersepit di dalam kenderaan namun mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, mangsa berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk rawatan dan bantuan pernafasan di lokasi kejadian.
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN
The post Lelaki maut, kereta terbabas masuk longkang appeared first on Utusan Malaysia.
