Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Ayam, lembu dan kambing antara barang belum diproses serta tidak dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Barangan belum diproses yang lain serta tidak dikenakan SST ialah ikan tilapia, ikan tongkol, udang, sotong, sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan serta beras, barli, oat dan gandum.
Seterusnya barang telah diproses ialah tepung, sardin dalam tin, gula dan garam, roti putih, pasta, bihun, mi dan mi segera.
Selain itu, barangan telah diproses yang lain serta tidak dikenakan SST ialah susu, Milo, Vico, Nestum serta minyak masak.
Dalam masa sama, ubatan dan peranti ubatan, buku, jurnal dan surat khabar, makanan ternakan dan peliharaan, bahan asas pembinaan iaitu simen, batu dan pasir, baja dan racun serta jentera pertanian dan penternakan turut tidak dikenakan SST.
Sebelum ini media melaporkan, berkuat kuasa 1 Julai 2025, skop cukai perkhidmatan diperluaskan meliputi enam jenis perkhidmatan iaitu sewaan atau pajakan, kerja pembinaan, kewangan, jagaan kesihatan swasta, pendidikan dan kecantikan.
Pelaksanaan semakan dan perluasan skop SST yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 bertujuan mengukuhkan kedudukan fiskal negara dengan meningkatkan hasil dan meluaskan asas percukaian bagi menambah baik mutu jaringan keselamatan sosial tanpa membebankan rakyat terbanyak. – KOSMO! ONLINE
The post Ayam, lembu, kambing tak kena SST appeared first on Kosmo Digital.