Auto Added by WPeMatico

![]()
JAKARTA – Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia mengesahkan asap daripada kebakaran hutan dan lahan (karhutla) di wilayah Kalimantan Barat berpotensi merentasi sempadan dan memasuki Sarawak, lapor saluran berita CNN Indonesia.
BMKG melaporkan, iupan angin semasa mengarah ke kawasan barat laut, yang mendorong pergerakan asap tebal tersebut melepasi sempadan antarabangsa bagi tempoh ramalan 4 hingga 10 Ogos 2026.
Menurutnya, cuaca kering di seluruh kawasan itu diramal berterusan dan semakin meluas sepanjang awal bulan Ogos.
Pemantauan statistik meletakkan beberapa wilayah Indonesia dalam keadaan berjaga-jaga.
Taburan kekeringan melampau ini dilaporkan tertumpu di Jawa, Bali, Nusa Tenggara, bahagian selatan Sumatera dan Kalimantan, Maluku Utara serta sebahagian Sulawesi.
BMKG memberi amaran bahawa keadaan tanpa hujan yang berlarutan itu mengurangkan bekalan air secara drastik serta meningkatkan risiko kebakaran tanah dan tumbuh-tumbuhan.
Peningkatan impak musim kemarau memicu insiden karhutla di pelbagai daerah termasuk Kalimantan Barat, Aceh, Kepulauan Bangka Belitung, Jawa Tengah, Jawa Timur, dan Bali.
Imej satelit terkini turut mengesahkan taburan asap dikesan aktif di Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah, Kalimantan Timur, dan Kalimantan Selatan.
Meskipun cuaca kering mendominasi sebahagian besar wilayah, BMKG menambah, potensi hujan lebat masih direkodkan di beberapa kawasan di utara dan barat Sumatera serta Kalimantan Utara. – AGENSI
The post Asap jerebu berpotensi tersebar ke Malaysia appeared first on Kosmo Digital.
