Auto Added by WPeMatico

![]()
JAKARTA – Seorang lelaki dari Bantaeng, wilayah Sulawesi Selatan yang sebelum ini tular kerana berkahwin dengan dua kekasihnya dalam masa berselang dua hari, dikhabarkan bakal menceraikan isteri pertamanya, lapor laman berita Tribunnews hari ini.
Pelaut dikenali sebagai Rusli, mengakui bahawa dia tidak mampu memberi nafkah kepada dua isteri sekali gus.
Disebabkan itu, perkahwinannya dengan isteri pertama, Warni dilaporkan berada di hujung tanduk kerana isterinya itu sudah meminta cerai, tidak sampai sebulan berumah tangga.
Menurut Ketua Kampung Bonto Majannang, Abdul Hafid, Rusli sudah tidak pulang ke rumah Warni dan memberi perhatian lebih kepada isteri keduanya, Kasma.
“Bahkan ketika Warni kemalangan akibat terjatuh motosikal, Rusli tidak pergi menjenguk.
“Hanya keluarganya sahaja yang pergi menjenguk,” kata Abdul Hafid.
Katanya, disebabkan itu, Warni meminta cerai kerana berasa tidak dihargai sebaga isteri pertama.
“Warni memang seorang wanita yang kuat. Dia yang bersetuju untuk dimadukan sebelum ini, namun akhirnya dia disisihkan,” kata Abdul Hafid.
Rusli mendirikan rumah tangga dengan Warni pada 5 Oktober lalu sebelum berkahwin dengan Kasma dua hari selepas itu. – AGENSI
The post Belum sebulan nikahi 2 wanita, suami akui tak mampu beri nafkah appeared first on Kosmo Digital.