Auto Added by WPeMatico

LONDON – Jaguh tinju heavyweight Britain, Anthony Joshua bersama promoternya, Eddie Hearn kini meningkatkan tekanan terhadap Tyson Fury agar bersetuju dengan sebuah pertarungan mega yang telah lama dinanti-nantikan peminat sukan tinju di negara itu.
Fury sebelum ini mengumumkan persaraannya pada Januari lalu selepas dua kekalahan berturut-turut di tangan Oleksandr Usyk dengan menyatakan bahawa beliau hanya akan kembali untuk pertarungan trilogi menentang lawan yang sama.
Namun, Fury yang terkenal dengan gelaran Gypsy King menarik balik kenyataan tersebut dan menegaskan kariernya sudah pun berakhir.
Dalam masa yang sama, Joshua sedang merancang kemunculan semulanya pada 2026 setelah pulih daripada pembedahan di bahagian siku dan dlihat mahu mencari titik kebangkitan selepas kali terakhir beliau beraksi adalah pada tahun lalu apabila tewas kepada Daniel Dubois.
“Saya suka melihatnya. AJ (Joshua) selama ini banyak berdiam diri, tetapi sekarang di penghujung karier, dia mungkin berfikir mengapa tidak untuk kembali berada dalam gelanggang semula.
“Dia (Joshua) mahukan pertarungan ini, kami juga mahukannya. Kami sedia mulakan rundingan. Ini bukan untuk provokasi Fury, ia cuma menyatakan hasrat sebenar kami,” tegas Hearn.
Pertembungan antara Joshua dan Fury dianggap sebagai acara tinju paling besar dalam sejarah sukan Britain, bukan sahaja kerana kehebatan masing-masing, tetapi juga kerana pertembungan dua personaliti berbeza yang memiliki aura tersendiri.
Pertarungan ini dilihat sebagai peluang terbaik buat Joshua menebus maruah selepas beberapa kekalahan yang menjejaskan reputasinya, manakala bagi Fury, kemenangan ke atas Joshua boleh menjadi penutup gemilang kepada kariernya. -AGENSI
The post Joshua desak Fury kembali ke gelanggang appeared first on Kosmo Digital.