Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Keluarga atlet Muay Thai sensasi negara, Johan Ghazali atau lebih dilenali sebagai Jojo dilaporkan terkandas di Mekah selepas penerbangan pulang mereka dibatalkan susulan penutupan beberapa ruang udara antarabangsa.
Perkongsian itu dibuat oleh Zack Rahim menerusi satu hantaran di Facebook, memaklumkan keluarga berkenaan yang tiba di Madinah sejak awal Ramadan sepatutnya sudah berlepas pulang ke tanah air, namun berdepan pembatalan saat akhir.
Menurutnya, syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) membatalkan semua penerbangan melibatkan kumpulan tersebut berikutan banyak laluan ruang udara ditutup atas faktor keselamatan. Lebih merisaukan, tiada tarikh baharu dapat diberikan setakat ini.
“Malah MAS turut menasihatkan sekiranya mereka masih belum ke lapangan terbang, agar tidak meninggalkan lokasi penginapan sehingga dimaklumkan mengenai jadual penerbangan baharu,” katanya.
Difahamkan, Jojo berada di sana bersama ahli keluarga lain bagi menunaikan ibadah umrah pada bulan Ramadan. – KOSMO! ONLINE
The post Keluarga Jojo Ghazali masih terkandas di Mekah appeared first on Kosmo Digital.
