Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – “Tak payahlah kita nak panjang-panjangkan dan sensasikan isu itu.”
Demikian jawapan ringkas ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid yang memilih enggan mengulas panjang isu tuntutan royalti lagu malar segar dendangannya, iaitu Sinaran ciptaan Allahyarham Johan Nawawi yang dibangkitkan balu komposer terbabit, Datuk Nora Ariffin.
Bagaimanapun, Sheila atau nama sebenarnya, Shaheila Abdul Majid, 60, berkata, isu berkenaan tidak membabitkan dirinya secara peribadi, sebaliknya ditujukan kepada syarikat penerbitan.
“Persoalan itu pun tidak ditujukan kepada saya—ditujukan kepada syarikat penerbitan,” katanya.
Sheila juga yakin apabila perkara itu menjadi perdebatan sebilangan pihak terutama dalam media sosial, dirinya tidak langsung terlibat.
“Bila artikel keluar, saya tahu (perkara itu) bukan tentang saya. Tiada kena-mengena dengan saya.
“Tak payahlah kita tiba-tiba nak triggered (terasa). Apa sekalipun salah faham dia (Nora) dengan syarikat penerbitan, sudah selesai dah pun.
“Biarlahlah mereka (selesaikan), kita tak perlu nak komen panjang,” ujarnya lagi.
Baru-baru ini, Nora dilapor menuntut agar hak royalti lebih 200 hasil karya arwah Johan dihormati dan diselesaikan secara adil oleh semua pihak berkaitan.
Lagu Sinaran yang dinyanyikan Sheila adalah antara karya ikonik ciptaan Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan dan lirik dihasilkan Johan. – KOSMO! ONLINE
The post Tak payah ‘triggered’, tiada kena-mengena dengan saya – Sheila Majid appeared first on Kosmo Digital.