Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Menyerahkan segala urusan kepada Allah SWT, pelakon Fazura meminta orang ramai sentiasa menitipkan doa buat dirinya termasuk dikurniakan pasangan hidup yang diredai Tuhan.
Menurut Fazura, 42, dia tidak menolak untuk kembali bergelar isteri meskipun pernah melalui episod perceraian dengan bekas suami, Fattah Amin sebelum ini.
“Kahwin atau tidak, bukannya urusan sesiapa sebaliknya ketentuan Allah.
“Apa yang terbaik untuk saya hanya Allah yang boleh menentukan bukan orang lain,” katanya dalam siaran langsung baru-baru ini.
Dia menambah, lelaki tersebut perlulah menyayanginya dan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya selain tidak menolak sekiranya dikurniakan jodoh dari negara seberang, Indonesia.
“Jodoh Indonesia? Mana tahu, kalau itu yang terbaik.
“Saya mahu jodoh yang diredai Allah, baik, faham agama dan bertanggungjawab.
“Semoga semua yang saya doa, mudah-mudahan Allah makbulkan. Lelaki yang sayang saya, Fatima, mampu buat kita bahagia dan boleh susah senang bersama selama-lamanya di dunia serta akhirat,” katanya lagi.
Dalam video berbeza, Fatima turut meluahkan keinginan untuk menerima kehadiran seorang bapa baharu
“Nak,” jawab Fatima ringkas apabila ibunya bertanya sama ada dia mahu seorang bapa baharu.
Ujar Fazura, Fatima akan menilai sendiri mana-mana individu yang ingin menjadi bapanya.
Dia bahkan berkata, tidak perlu untuk bertelagah mengenai dirinya yang kini terbuka berbicara soal jodoh dan percaya kerana Tuhan sudah menjanjikan yang terbaik.
Terdahulu, Fazura mendirikan rumah tangga bersama Fattah pada 2017 namun bercerai pada 2024. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Saya mahu jodoh diredai Allah, faham agama, bertanggungjawab’ appeared first on Kosmo Digital.