Auto Added by WPeMatico

JOHOR BAHRU – Jiran keluarga kanak-kanak lelaki yang ditemukan mati dibunuh kerap terdengar tangisan mangsa selain pasangan suami isteri itu bertengkar di rumah mereka di Bandar Seri Alam, Masai, Pasir Gudang di sini.
Lelaki dikenali Abdullah, 47, berkata, sejak sebulan lalu, pasangan itu tidak tinggal di kediaman berkenaan namun mereka hanya mengunjungi rumah itu sesekali secara berasingan.
“Saya berjiran dengan mereka kira-kira sudah setahun, saya menyewa di sini. Mereka tak duduk sini sebab ini rumah keluarga belah ibu mangsa. Sebelum ini rumah dihuni adik beradik wanita berkenaan, tetapi sekarang jarang dah nampak kelibat mereka di sini.
“Kadang-kadang saya ada terdengar suara jeritan budak lelaki itu dan dengar juga mak ayah mereka bergaduh,”katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Abdullah berkata, dia juga pernah berbual dengan ibu bapa mangsa namun mereka kurang bercampur dengan jiran.
Tinjauan yang dilakukan di kediaman mangsa mendapati rumah tersebut berada dalam keadaan berkunci dan difahamkan ahli keluarga mangsa bergerak ke Negeri Sembilan bagi tujuan pengecaman mayat mangsa yang ditemui.-KOSMO! ONLINE
The post Jiran selalu dengar jeritan kanak-kanak mangsa dibunuh appeared first on Kosmo Digital.