Auto Added by WPeMatico

![]()
SEREMBAN – Seorang pembantu rumah warga Indonesia berjaya diselamatkan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) selepas dipercayai menjadi mangsa eksploitasi dalam operasi di sebuah kediaman di Taman Kemayan, Seremban 2 di sini hari ini
Pengarah JIMNS, kennith Tan Ai King berkata, dalam operasi bermula pukul 10 pagi hingga 3 petang itu, mangsa wanita berusia 51 tahun ditemui bersembunyi di dalam sebuah almari pakaian di bilik utama kediaman tersebut.
“Mangsa yang merupakan warganegara Indonesia didapati tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah.
“Susulan itu, mangsa telah diselamatkan dan dibawa ke Pejabat Imigresen Senawang bagi tujuan perlindungan dan membantu siasatan lanjut di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Kennith, pihaknya turut menahan seorang majikan wanita warga tempatan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 12 ATIPSOM 2007.
“Manakala dua individu lain telah dikeluarkan notis saman sebagai saksi untuk hadir memberi keterangan di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Seremban,” katanya.- KOSMO! ONLINE
The post Amah Indonesia sembunyi dalam almari appeared first on Kosmo Digital.