Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Tular video di media sosial memaparkan seorang anggota bomba mengeluarkan janin bayi perempuan yang dibuang ke dalam sebuah mangkuk tandas di sebuah stesen minyak.
Menerusi video tersebut, difahamkan kejadian menyayat hati itu berlaku pagi semalam di Pontian, Benut Johor.
Kelihatan dalam video, anggota bomba tersebut tidak dapat menahan kesedihan apabila mengeluarkan bayi yang sudah cukup sifat itu.
“Ya Allah, penemuan satu janin bayi perempuan di dalam mangkuk tandas pada pukul 9.40 pagi tadi (semalam).
“Janin telah dikeluarkan oleh sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pontian dan kes diserahkan kepada forensik polis untuk tindakan lanjut,” tulis di ruangan kapsyen itu.
Lebih menyedihkan, berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di luar tandas stesen minyak itu, kelihatan ibu bapa bayi berkenaan seolah-olah telah merancang untuk membuang insan tidak berdosa itu.
Ini kerana mereka membeli tuala wanita dipercayai bagi menutup bayi berkenaan sebelum dibuang ke dalam mangkuk tandas.
Sementara itu, tinjauan Kosmo! mendapati ramai yang berharap agar pelaku iaitu kedua ibu bapa bayi tersebut ditangkap dan dikenakan hukuman setimpal.
“Di dunia kau boleh terlepas, tunggu di akhirat nanti. Bayi dah cukup sifat boleh kau buang,” komen Siti.
“Binatang pun sayangkan anaknya. Ni manusia buang-buang je seolah tak ada makna lepas dah kandung sembilan bulan,” komen Aisyazatie.
“Ambil tindakan segera, kenakan hukuman setimpal buat ibu bapa yang tidak mahu bertanggungjawab. Tak ada sifat perikemanusiaan langsung,” komen Hassan. – KOSMO! ONLINE
The post Sayu hati lihat bomba korek mangkuk tandas keluarkan janin appeared first on Kosmo Digital.