Auto Added by WPeMatico

MEKAH – Seorang jemaah haji wanita meninggal dunia kelmarin akibat serangan jantung menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini seramai 11 orang.
Allahyarhamah Jamaliah Masron, 68, dari Kota Tinggi, Johor menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.05 petang waktu tempatan di klinik Kecemasan Bangunan Abraj Al Janadriyah, di sini
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, kematian terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini sebanyak 11 orang bagi musim Haji 1446H/2025M di Tanah Suci
“Kerajaan Malaysia dan Lembaga Tabung Haji (TH) merasa dukacita dengan berita tersebut.
“Pihak TH telah menguruskan segala keperluan berkaitan pengurusan jenazah termasuk mandi, solat jenazah di Masjidil Haram dan pengebumian di Tanah Suci Makkah,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini semalam.
Katanya, pihak pengurusan TH juga telah memaklumkan berita malang tersebut kepada waris Allahyarhamah di Malaysia.
“Kami ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah dan mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin,” tambahnya.
Ini merupakan jemaah wanita ketiga yang dilaporkan meninggal dunia dengan 10 kes adalah berpunca serangan jantung dan hanya seorang yang disebabkan jangkitan kuman dan kegagalan organ. – KOSMO! ONLINE
The post Jemaah haji wanita meninggal dunia, 11 kematian setakat ini appeared first on Kosmo Digital.