Auto Added by WPeMatico

KLANG – Dua lelaki diburu selepas memukul seorang lelaki warga asing dipercayai masing-masing menggunakan sebatang kayu di Jalan Meru, di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya telah mengesan sebuah video berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 9 malam pada Jumaat lalu.
“Motif kejadian adalah dipercayai suspek tidak berpuas hati dengan mangsa yang tinggal di kawasan tersebut.
“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Nazmi Mat Noh di talian 03-3291 2222.
Terdahulu, tular video berdurasi satu minit 49 saat memaparkan dua lelaki menaiki sebuah motosikal telah menahan mangsa yang menaiki sebuah motosikal beroda tiga di sebuah kawasan perumahan.
Kedua-dua lelaki kemudiannya memukul mangsa berulang kali sambil memaki mangsa menggunakan bahasa kesat dengan disaksikan penduduk di lokasi itu. – KOSMO! ONLINE
The post Dipukul bertalu-talu sebab tak puas hati appeared first on Kosmo Digital.