Auto Added by WPeMatico

![]()
PENDAHULU carta penjaring terbanyak Liga Super, Jairo da Silva tidak pernah berasa puas untuk mengadirkan impak buat Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan akan datang.
Walaupun menyedari cabaran lebih sukar menanti Harimau Selatan selepas ini, Jairo percaya dia dan rakan sepasukan masih banyak ‘kerja rumah’ yang perlu dilakukan bagi memastikan pasukan sentiasa berada pada tahap terbaik.
“Seperti saya katakan, aksi selepas ini adalah sukar, namun kami sedang berada pada momentum yang baik.
“Ketika ini kami hanya perlu merendah diri, berpijak di bumi yang nyata dan terus bekerja keras seperti apa kami lakukan sekarang.
“Selepas itu kami perlu mengharapkan segalanya akan berjalan seperti yang kami mahukan,” katanya.
Ketika ini, Jairo berkongsi 10 gol dengan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Liga Super yang juga rakan sepasukannya di JDT, Bergson da Silva apabila kedua-duanya mengumpul 10 gol selepas mengharungi sembilan perlawanan.
Malam esok, magis Jairo pastinya terus ditagih Harimau Selatan ketika melayan kelab China, Shanghai Shenhua FC di Stadium Sultan Ibrahim dalam saingan Liga Juara-Juara Elit (ACLE).
“Adalah normal untuk mahukan lebih kerana saya sudah berikan 100 peratus. Secara fizikalnya saya rasa agak bagus dan gembira untuk merakam hatrik bersama JDT,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Jairo mahu robek gawang Shanghai appeared first on Kosmo Digital.