Auto Added by WPeMatico

PONTIAN – Kegiatan sekumpulan wanita warga asing yang menjadikan premis perniagaan dua tingkat di Pekan Nenas terbongkar selepas diserbu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), malam semalam.
Dalam serbuan bermula pukul 7.30 malam itu, dua lelaki berumur 30an diberkas selepas disyaki melanggan dua wanita (40an) masing-masing warga asing untuk melempiskan nafsu.
Menurut sumber JAINJ, rumah kedai tersebut mempunyai enam buah bilik yang disewa oleh seorang wanita warga asing beragama Islam dan semasa serbuan, dua daripada bilik berkenaan berkunci dari dalam.
“Ia menyebabkan penguatkuasa terpaksa memecahkan pintu bilik berkenaan dan didapati dua lelaki warga asing serta dua pelacur wanita warga asing dalam bilik masing-masing,” katanya.
Tambah sumber itu lagi, pihaknya menemui kondom yang telah digunakan di dalam bakul sampah dan yang belum digunakan di dalam laci almari.
Katanya, bayaran yang dikenakan bagi setiap perkhidmatan adalah sebanyak RM20 untuk perkhidmatan yang pertama dan caj tambahan RM40 bagi perkhidmatan seterusnya.
“Paras rupa, kecantikan, samada gemuk atau kurus pelacur wanita tiada menjadi keutamaan, kerana lampu akan dipadam dan perbuatan dilakukan dalam cahaya samar-samar,” jelasnya lagi.-KOSMO! ONLINE
The post Tak kira gemuk atau kurus, wanita asing jual tubuh RM20 appeared first on Kosmo Digital.