Auto Added by WPeMatico

KOTA BHARU – Anggota bomba mengambil masa hampir 30 minit untuk memujuk seorang lelaki yang cuba terjun dari ruang balkoni tingkat 19 sebuah unit apartmen di Jalan Sultan Ibrahim, di sini hari ini selepas dicekup berkhalwat.
Lelaki berusia 30-an itu dan seorang wanita dipercayai berada di dalam sebuah bilik di apartmen berkenaan semasa serbuan dijalankan oleh anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik), kira-kira pukul 9.25 pagi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Mohd. Roziman Ismail berkata, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.27 pagi bergegas keluar ke lokasi kejadian.
“Anggota bomba terlibat mengambil masa kira-kira 30 minit membantu pihak Jaheaik memujuk lelaki itu sebelum dia berlembut hati dan menyerah diri,” katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.
Mohd. Roziman memberitahu, lelaki itu kemudian diserahkan kepada pihak Jaheaik untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki menyorok di balkoni tingkat 19 apartmen elak dicekup berkhalwat appeared first on Kosmo Digital.