Auto Added by WPeMatico

![]()
JOHOR BAHRU – Seorang remaja lelaki diberkas selepas disyaki menjadi penjaga stor bekalan dadah bernilai RM1.29 juta dalam serbuan di sebuah rumah teres di Taman Lian Seng, Kluang, 13 September lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, dalam operasi bermula pada pukul 3 petang, suspek yang diberkas merupakan lelaki Indonesia berusia 18 tahun.
Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas rumah berkenaan, polis menjumpai lapan peket plastik mengandungi dadah jenis syabu seberat 8.11 kilogram (kg) dan 38 peket plastik mengandungi dadah jenis heroin seberat 17.84 kg.
“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas adalah sebanyak 25.95 kg dengan nilai pasaran dianggarkan berjumlah RM1.29 juta.
“Hasil siasatan mendapati suspek memasuki negara ini secara sah pada 2025 dengan pas lawatan sosial selama dua bulan sebelum didapati tinggal lebih masa di negara ini.
“Lelaki berkenaan berperanan sebagai penjaga stor kepada sindiket. Polis percaya sindiket didalangi beberapa individu lain dna ahli sindiket sedang dikenal pasti,”katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.
Ab Rahaman berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dari sebarang jenis dadah selain suspek tidak mempunyai sebaranf rekod jenayah lampau.
Jelasnya, suspek direman selama tujuh hari bermula 14 sehingga 20 September depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.- KOSMO! ONLINE
The post Remaja Indonesia diberkas jaga stor dadah RM1.29 juta appeared first on Kosmo Online.
