Auto Added by WPeMatico

![]()
SEREMBAN – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengesahkan pihaknya sedang menyiasat dakwaan sebuah restoran yang menggunakan sisa pelanggan untuk digunakan semula keesokan harinya.
Pengarahnya, Dr. Zuraida Mohamed berkata, pihaknya baru menerima laporan berkenaan dakwaan isu berkenaan pada pukul 1 tengah hari tadi.
“Saya telah pun meminta pegawai berkaitan turun ke lokasi dan siasatan sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, sebuah video tular di media sosial menunjukkan tindakan pekerja sebuah restoran yang didakwa menggunakan semula lebihan makanan hingga mencetuskan kemarahan orang ramai.
Individu dikenali sebagai Silohna King mendakwa, dia melihat kejadian itu pada pukul 12.18 tengah malam di belakang premis itu.
Menurutnya, beliau melihat seorang pekerja mencuci sisa makanan termasuk daging ayam, daging kambing dan tauhu yang dipercayai lebihan pelanggan sebelum diasingkan ke dalam dulang. – KOSMO! ONLINE
The post KKM siasat restoran didakwa guna semula sisa pelanggan appeared first on Kosmo Digital.