Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Seramai 1,172 mangsa banjir daripada 359 keluarga ditempatkan di 16 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, jumlah itu melonjak hampir 274 peratus berbanding sebelumnya, manakala keluarga yang terjejas meningkat lebih 249 peratus.
Sabah mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 814 orang daripada 251 keluarga yang kini berada di tujuh PPS.
Di Selangor pula, tiga PPS dibuka menempatkan 94 mangsa daripada 23 keluarga.
Negeri Sembilan turut merekodkan 79 mangsa daripada 21 keluarga yang terjejas dan dua PPS telah dibuka.
Sementara itu, Perak melaporkan 185 mangsa daripada 64 keluarga dipindahkan ke empat PPS. – KOSMO! ONLINE.
The post Mangsa banjir 4 negeri cecah 1,000 orang appeared first on Kosmo Digital.