Auto Added by WPeMatico

MELAKA – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini membenarkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh mendapat injunksi secara dua pihak (inter-parte) terhadap bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.
Pesuruhjaya Kehakiman, Isa Aziz Ibrahim membenarkan injunksi itu yang menghalang Mohamad Ali daripada mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Ab. Rauf.
Isa Aziz dalam penghakimannya berkata, kebenaran permohonan itu adalah berdasarkan fakta keseimbangan yang memihak plaintif sebagai Ketua Menteri Melaka yang berdepan dakwaan yang belum ditentusahkan.
Katanya, tuntutan plaintif adalah remeh dan tidak menyusahkan selain ganti rugi adalah tidak memadai dalam hal tersebut melainkan isu itu serius untuk dibicarakan.
Sementara itu, Peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid yang mewakili plaintif berkata, injunksi secara dua pihak adalah lanjutan daripada injunksi ex-parte yang diperoleh sebelum ini bagi membolehkan hantaran berniat jahat diturunkan.
Berdasarkan notis permohonan, defendan dikehendaki untuk memadam kesemua kenyataan, video, gambar dan sebarang penyiaran yang dirujuk secara kolektif sebagai ‘Penerbitan Fitnah’ yang disiarkan di akaun TikTok di bawah nama @cikguali71 secara serta-merta.
Dalam pada itu, peguam Rafique Rashid Ali mewakili defendan berkata, anak guamnya bersedia untuk memberi keterangan pada perbicaraan kelak dan percaya saksi terlibat akan membuktikan tiada sebarang unsur fitnah.
Mahkamah menetapkan 23 hingga 26 Februari 2026 sebagai tarikh perbicaraan kes saman berkenaan.- KOSMO! ONLINE
The post Ab. Rauf peroleh injunksi inter-parte terhadap Mohamad Ali appeared first on Kosmo Digital.