Auto Added by WPeMatico

BERKONGSI pengalaman misteri, pelakon Zara Zya mendakwa kerap berdepan gangguan berupa bayang-bayang di dalam rumahnya.
Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, mengakui boleh melihat entiti lain disebabkan hijabnya yang terbuka.
“Ada sesiapa yang berpengalaman hijab terbuka tak? Ada yang nampak jelas?
Saya selalu nampak kabus, hitam dan bayangan saja. Kalau jelas seketul-seketul tu tak pernah,” tulisnya di dalam platform Threads.
Menurut pelakon drama bersiri Risik Pada Hari itu dia pernah ‘terserempak’ makhluk halus yang didakwa sebagai puntianak di dapur.
Yang selalu intai saya kat dapur tu pun bayangan. Saya tahu dia Pon Pon (puntianak).
“Pakai baju putih tak berapa bersih dan mencangkung. Sibuk je,” ujarnya.
Menurutnya lagi, perkara tersebut bukan pertama kali dialami, sebaliknya sudah bertahun-tahun berdepan insiden serupa.
Perkongsian Zara Zya turut meraih maklum balas netizen yang menceritakan pengalaman mereka berdepan situasi sama.
Ada saja kat rumah saya ni cik ponti tunjukkan diri dengan siap bunyi suara lagi macam suara kucing gaduh,” kata seorang pemilik akaun Threads.
Terdahulu, pelakon terbabit antara selebriti yang aktif berkongsi pengalaman serta aktiviti harian termasuk rutin mempromosikan produk jualan di laman sosial. – HIBGLAM