Auto Added by WPeMatico

PELAKON Imran Aqil menimang cahaya mata perempuan selepas isterinya, Dahlia Rizal selamat melahirkan zuriat mereka di sebuah pusat perubatan di sini, pukul 10.35 malam tadi.
Imran berkata, puteri sulung yang diberi nama Yusra itu sepatutnya dilahirkan secara normal, namun terpaksa melalui kaedah pembedahan selepas berbelas jam belum ada bukaan.
“Disebabkan hampir 15 jam menunggu bukaan rahim selepas air ketuban pecah, doktor menyarankan Dahlia agar menjalani pembedahan.
“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan saya dapat menemani isteri di dalam dewan bedah walaupun takut darah,” katanya.
Peluang menyaksikan proses kelahiran anak sulung mereka itu juga membuatkannya lebih menghargai pengorbanan seorang ibu.
“Rezeki melihat proses pembedahan sehingga melahirkan anak membuatkan saya cukup hargai pengorbanan ibu yang bertarung nyawa demi zuriat,” ujarnya.
Sementara itu, Dahlia juga pempengaruh turut berkongsi momen menggembirakan itu dalam Instagramnya selain mendedahkan panggilan Yusra kepada dirinya adalah ‘mommy’.
“Alhamdulillah saya baik-baik saja. Yusra akan panggil saya dengan panggilan mommy,” katanya.
Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023. – HIBGLAM
The post 15 jam ‘bertarung’, Dahlia Rizal, Imran Aqil timang bayi perempuan appeared first on HibGlam.