Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR – Malaysia mencatatkan pencapaian memberangsangkan dalam sektor pelaburan hijau pada 2024 dengan nilai penjanaan sebanyak RM7.883 bilion.
Pemangkut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, jumlah itu sekali gus menyumbang kepada lebih 2,000 peluang pekerjaan hijau.
Beliau berkata, pencapaian itu hasil pelaksanaan pelbagai inisiatif seperti Green Investment Tax Allowance (GITA), Green Technology Financing Scheme (GTFS) 4.0, serta penganjuran International Greentech and Eco Products Exhibition and Conference Malaysia (IGEM).
“Siri IGEM sejak 2020 telah berjaya menarik komitmen pelaburan hijau melebihi RM10 bilion setakat ini, menunjukkan pertumbuhan mampan dalam industri teknologi hijau negara.
“Inisiatif IGEM turut memberi impak positif kepada pasaran pekerjaan dengan mewujudkan lebih 2,000 peluang pekerjaan hijau pada tahun lalu,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar (PN-Kemaman) berhubung pencapaian sasaran nilai penjanaan Pelaburan Hijau dan bilangan peluang Pekerjaan Hijau bagi tahun 2024 seperti yang dinyatakan di dalam Dokumen Pelan Strategik NRES 2024-2030 dan cabaran utama yang
dihadapi untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) mengenai cabaran utama yang dihadapi, Johari memaklumkan akses pembiayaan adalah antara cadapan yang perlu dilalui bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.
“Kerajaan boleh membiayai projek berskala kecil tetapi kalau berskala besar, ia perlu ada nilai ekonomi.
“Jika ada nilai ekonomi yang tinggi, maka bank-bank tempatan dan bank kewangan besar akan terbabit,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Dewan Rakyat: Pelaburan hijau jana RM7.88 bilion tahun lalu appeared first on Kosmo Digital.