Auto Added by WPeMatico

![]()
DUNGUN – Membaca ayat-ayat al-Quran menjadi azimat buat pencari kayu gaharu, Mohd. Nawi Ismail, 55, sewaktu lima hari tersesat di dalam Hutan Simpan Bukit Bauk di sini sehingga ditemui pasukan mencari dan penyelamat (SAR) hari ini.
Katanya, sepanjang tempoh terperangkap di dalam hutan tersebut, dia juga pernah dua kali hampir diserang beruang matahari.
“Dua malam terturut-turut semalam dan kelmarin, saya hampir dua kali diserang beruang matahari. Nasib baik sempat sergah buat haiwan buas itu lari. Sepanjang lima hari ini juga saya hanya minum air akar kayu yang dicabut dalam hutan sebab tiada bekalan makanan,” katanya ketika ditemui di pinggir Hutan Simpan Bukit Bauk, di sini hari ini.
Terdahulu dia yang tersesat di dalam hutan simpan berkenaan selepas mencari kayu gaharu pada Jumaat lalu dijumpai dalam keadaan lemah dan kelaparan oleh seorang seorang pegawai Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) pada pukul 12.15 tengah hari tadi.
Mohd. Nawi berkata, dia yang tersedar tersesat cuba menghubungi adiknya, Surini, 42, dan rakannya, Azman Abdul Wahab, 36, namun kedua-dua lelaki itu gagal mencarinya.
“Mereka tetap tidak jumpa saya. Biarpun kelaparan, saya tidak henti-henti membaca ayat al-Quran dan sekali sekala melaungkan azan bagi menguatkan semangat,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Hampir diserang beruang matahari, saya sempat sergah haiwan itu lari’ appeared first on Kosmo Digital.
