Auto Added by WPeMatico

![]()
BAGAN DATUK- Seorang wanita warga emas dilaporkan hilang dalam kawasan kebun di Kampung Teluk Kerdu, Hutan Melintang di sini sejak Selasa lalu.
Difahamkan, Halimah Idris berusia 77 tahun kali terakhir dilihat pada pukul 4 petang hari yang sama di sekitar rumahnya namun tidak pulang ke rumah sehingga hari ini.
Pencarian dilakukan keluarga dan penduduk kampung di sekitar kawasan kediaman wanita itu yang merupakan kawasan kebun kelapa sawit dan pisang.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.27 petang, semalam.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kemudian diaktifkan oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang.
“Ketua operasi mengarahkan pencarian dibahagikan kepada empat sektor melibatkan anggota bomba, Unit Anjing Pengesan (K9) bomba dan polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung.
“Pasukan mencari dan menyelamat digerakkan pada pukul 9 pagi dengan menelusuri jejak terakhir mangsa dalam radius pencarian sejauh lima kilometer menggunakan kaedah sweep,” katanya di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE.
The post SAR dilancarkan cari warga emas hilang dalam kebun appeared first on Kosmo Digital.