Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA TERENGGANU – Gara-gara menerima wang tunai RM23,000 daripada suspek kes dadah pada empat tahun lalu, seorang pegawai polis berpangkat inspektor dihukum penjara dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Mohd. Azhar Othman menjatuhkan hukuman demikian selepas tertuduh, Khairul Faiz Mohd. Zaini, 37, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah mengaku bersalah setelah dua pertuduhan alternatif tersebut dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menerima tanpa balasan wang tunai berjumlah RM15,000 melalui isterinya yang dipindahkan secara dalam talian di sebuah bank di Jalan Sultan Ismail di sini. Khairul Faiz juga didakwa menerima wang tanpa balasan wang tunai berjumlah RM8,000 melalui isterinya yang dipindahkan secara dalam talian di sebuah bank di Dataran Austin, Kuala Nerus.
Tertuduh didakwa menerima wang tersebut sedangkan mempunyai hubungan rasmi sebagai anggota polis yang terlibat dalam serbuan menahan tiga suspek kes dadah di Kampung Pengkalan Arang, Kuala Nerus.
Perbuatan tersebut didakwa dilakukan Khairul Faiz pada 26 Februari 2021 dan dia dihadapkan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa ditawarkan wang tunai keseluruhan RM23,000 oleh salah seorang suspek kes dadah yang sedang disoal-siasat sebagai dorongan untuk membebaskannya selain dadah jenis syabu yang dirampas dibuang.
Dia kemudiannya meminjam akaun bank milik kenalan wanitanya bagi melakukan pemindahan wang tersebut secara dalam talian sebelum dipindahkan ke akaun bank isterinya. – KOSMO! ONLINE
The post Inspektor polis terima RM23,000 daripada suspek dadah dijel sebulan appeared first on Kosmo Digital.