Auto Added by WPeMatico

![]()
KAJANG – Tekanan kerja dipercayai menjadi punca seorang gadis berusia 25 tahun yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu menghilangkan diri sebelum ditemui semula dalam keadaan selamat hari ini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, wanita dikenali sebagai Nur Dinie Sani Hasrul Sani ditemui kira-kira pukul 11 pagi di sekitar kawasan Kajang.
Menurutnya, siasatan mendapati wanita tersebut menginap di sebuah hotel di Negeri Sembilan sepanjang tempoh dia menghilangkan diri.
“Wanita berkenaan ditemui dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Siasatan awal mendapati tekanan kerja antara faktor yang mendorongnya menghilangkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membantu menyalurkan maklumat sehingga wanita berkenaan berjaya dikesan.
Tambahnya, orang ramai yang berdepan tekanan atau memerlukan bantuan kaunseling dinasihatkan menghubungi talian Talian Kasih 15999 bagi mendapatkan nasihat serta bantuan pakar.
Semalam, Kosmo! melaporkan Nur Dinie dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di sebuah apartmen di Taman Sepakat pada Isnin lalu.
Naazron berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan wanita itu pada pukul 12.16 tengah hari manakala kali terakhir dia dilihat di Apartment Sri Cempaka kira-kira pukul 6.30 pagi pada hari sama. – KOSMO! ONLINE
The post Tekanan kerja punca Nur Dinie hilang sejak Isnin appeared first on Kosmo Digital.
