Auto Added by WPeMatico

Meneruskan kegemilangannya dalam memberi pengiktirafan kepada individu-individu hebat dan berbakat dalam pelbagai bidang, The Knights Award kembali untuk musim kelima yang bakal berlangsung pada Oktober ini.
Pelancaran The Knights Award Musim ke-5 berlangsung menerusi satu sidang media yang dihadiri oleh pelbagai organisasi terkemuka, pemimpin industri serta tokoh terkenal di Rawang, Selangor baru-baru ini.
Sepanjang empat musim terdahulu, platform pengiktirafan antarabangsa ini telah meraikan lebih 180 kisah cemerlang daripada pelbagai bidang, di samping membina sebuah platform elit di mana kerjasama bermakna, hubungan antarabangsa dan peluang baharu terus berkembang maju.
Sidang media dihadiri ahli Majlis Lords (Council of Lords), rakan strategik, wakil organisasi setia menyokong, penerima anugerah terdahulu, tokoh awam terkenal serta wakil media. Kehadiran mereka mencerminkan kekuatan jaringan antarabangsa dan semangat kerjasama yang terus menjadi asas kepada The Knights Award.
Presiden The Knight Awards, Dr. Zyro Wong berkata, musim kelima ini bakal sekali lagi menyajikan keterujaan.
“Tahun ini menandakan satu pencapaian penting yang mengujakan apabila The Knights Award Musim ke-5 meneruskan kerjasama dengan Commonwealth Youth Innovation Hub yang menghubungkan pemimpin muda serta pihak berkepentingan dari 56 negara anggota Komanwel.
“Kerjasama ini mengukuhkan misi kami untuk memposisikan Malaysia sebagai hab global bagi keusahawanan, budaya dan pembangunan lestari, di samping mewujudkan peluang bermakna untuk kerjasama rentas sempadan,” katanya yang juga merupakan Presiden Majlis Lords yang menunjangi anugerah tersebut.
Selain Dr. Zyro, Majlis Lords terdiri daripada Pengasas dan Pengerusi Islamic Fashion Festival, Prof. Adjung Datuk Seri Raja Rezza Shah Tengku Sri Kelana D’Raja; Pengarah iKhasas Group, Tengku Datuk Dr. Hishammuddin Zaizi Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj; Presiden Malaysia-China Silk Road Business Chamber, Tan Sri Ong Tee Keat;
Presiden Pengasas Multimedia University, Prof. Tan Sri Datuk Dr. Ghauth Jasmon dan pemimpin di sebalik International Sales Day terbesar dalam sejarah Amazon, JJ Delgado.

Turut menganggotainya, Presiden Women’s Sport Fitness Foundation Malaysia, Puan Sri Datuk Dr. Shariffa Sabrina; artis terkenal, Datuk Aaron Aziz; Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Tune Talk Sdn. Bhd. yang juga bekas Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Sasikala Devi Subramaniam; Pengerusi Commonwealth Youth Innovation Hub, Dr. Kishva Ambigapathy; Pengerusi Financial Consulting Cooperative Limited, Datuk Ismail Nordin; Naib Presiden National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia, Datuk Dr A.T. Kumararajah; Rakan Kongsi Naqiz & Partners, Esther Hor; Pengarah Urusan Systech Berhad, Datuk Jonathan Lim; Pengasas Smileway Dental Clinic, Dr. Jon Low dan Pengasas Malaysia Bumiputera Designer Association, Bon Zainal.
Para penerima The Knights Award bakal diberi penghormatan pada majlis penganugerahan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan luar biasa mereka kepada industri dan komuniti masing-masing serta penghayatan nilai kecemerlangan, inovasi, kepimpinan dan kelestarian.
Antara penerima anugerah utama musim kelima yang diumumkan semasa sidang media ialah penyanyi berpengaruh dan terkenal Indonesia, Judika; penyanyi dan penulis lagu Mandopop Malaysia yang terbaharu berduet bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi lagu Mandarin Be Like Water, Firdhaus; pengarah, penerbit terkenal dari China, Zhang Jizhong; penerbit terkemuka Hong Kong, David Chiang; pelakon dan penyanyi terkenal Hong Kong, Linda Chung; pelakon terkenal Thailand yang dikenali secara meluas menerusi lakonan menyentuh hati dalam filem mendapat pengiktirafan antarabangsa, How to Make Millions Before Grandma Dies, Usha Seamkhum.
Pada sidang akhbar itu, The Knights Award turut memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan beberapa pihak.
Pertama, bersama Commonwealth Youth Innovation Hub sekali gus meneruskan kerjasama bernilai antara kedua-dua pihak. Kedua, Regal Global sekali gus mengesahkan
Regal Global sebagai rakan kediaman rasmi, manakala ketiga, bersama TheWebxite sekali gus merasmikan pelantikan The Webxite sebagai rakan penyelesaian teknologi maklumat (IT) rasmi.
Majlis penganugerahan bakal berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur yang dijadualkan sekitar Oktober ini.
The post The Knights Award kembali bagi musim kelima appeared first on Kosmo Digital.
