Auto Added by WPeMatico

ANUGERAH Melodi Terhangat (AMT) 2025 kembali diadakan pada 3 Ogos depan selepas sembilan tahun menyepi.
Berserta dengan slogan Hangat Bukan Beshe-Beshe!, kali ini sebanyak 12 kategori diperkenalkan.
Kategori tersebut adalah Selebriti Drama Sangat Terhangat, Tonton Original Terhangat Selebriti Ikon Terhangat Dikuasai Oleh Samsung Galaxy dan Selebriti Couple Goals Terhangat.
Turut diperkenalkan adalah kategori Selebriti Maskulin Terhangat, Selebriti Feminin Terhangat, Selebriti Muzik Paling Onz & Terhangat, Selebriti Trending Terhangat, Selebriti Stailo Terhangat dan Selebriti Newcomer Terhangat.
AMT 2025 turut memperkenalkan Anugerah Pilihan PROTON X50 Superstar, manakala kemuncaknya adalah Anugerah Melodi Terhangat 2025.
Menurut Pengurus Besar Kandungan Program TV3, Marlia Zul Amran, penganjuran AMT2025 tepat pada waktunya sesuai dengan evolusi program itu yang sudah berusia lebih tiga dekad.
Anugerah ini bukan diadakan secara terburu-buru sebaliknya kami menantikan waktu yang sesuai untuk diperkenalkan semula.
“Kini dengan program yang lebih menyeluruh menerusi MBuzz, Melodi dan Tik Tok Melodi Berapi, kami rasakan ini adalah waktu yang sangat tepat untuk memberikan pengiktirafan kepada artis yang pernah berada dalam Melodi,” katanya yang ditemui pada majlis sidang media pengumuman AMT2025.
Meskipun pemenang AMT2025 dipilih berdasarkan undian, namun anugerah ini bukan sekadar popular semata-mata tetapi pihak penganjur turut menilai prestasi seni setiap selebriti yang tercalon.
Memang pemenang dipilih berdasarkan undian. Tetapi juri profesional yang memilih perncalonan dalam setiap kategori.
“Kita melihat selebriti yang ceritanya ada disiarkan di Melodi dan melihat cara mereka menangani kontroversi serta prestasi seni mereka.
“Sesuai dengan tagline kami, kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi, berdiri di atas bakat sendiri,” tutur Marlia lagi.
Dalam pada itu, pengacara Ain Edruce dan Fikry Ibrahim dipilih untuk mengemudikan acara AMT2025.
Pemenang ditentukan berdasarkan undian secara atas talian di www.tonton.com.my dan pengundian dibuka sehingga 31 Julai 2025. – HIBGLAM
The post Anugerah Melodi kembali selepas sembilan tahun appeared first on HibGlam.