Auto Added by WPeMatico

BEKAS isteri Edika Yusof, Nor Hidayah Yusri menafikan dirinya tidak waras seperti didakwa aktor itu sebaliknya menegaskan mentalnya sihat.
Nor Hidayah, 47, berkata, dia yang lumpuh separuh badan sejak 19 tahun lalu masih boleh bekerja dan menguruskan rumah tangga berikutan sering diingatkan Edika bahawa tiada benda percuma di dunia ini.
“Sepanjang perkahwinan saya dengan dia (Edika), saya bekerja. Saya bukan terlantar saja. Dia ‘shooting’ ke apa, saya yang menguruskan segalanya.
Edika pun sejenis orang yang selalu cakap, tiada benda percuma di dunia ini. Kalau nak duduk terlantar saja, pergi duduk di hospital. Jadi, saya bekerja dan keluarga dia pun tahu.
“Saya kat rumah tak duduk diam. Urusan di rumah lain, urusan kerja lain. Termasuk, urusan kerja dia pun saya juga kendalikan,” katanya HibGlam hari ini.
Menurut Nor Hidayah, peringatan tiada percuma di dunia ini baginya memilukan hati, namun masih bersabar menghadapi segalanya lebih dua dekad perkahwinan mereka.
Terdahulu, Edika dan Nor Hidayah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendag Syariah Wilayah Persekutuan, pada pukul 10.42 pagi tadi.
Pada 23 April lalu, Edika tidak dapat melafazkan cerai terhadap Nor Hidayah kerana wanita itu berada dalam keadaan tidak suci dan tarikh baru ditetapkan mahkamah hari ini.
Pasangan itu bernikah pada 2003 dan hasil perkongsian hidup selama 22 tahun, mereka dikurniakan dua anak, Fardeen Nasrulhaq, 21 dan Fereena Nurulhaq, 20. – HIBGLAM
The post ‘Saya bekerja, Edika kata tiada benda percuma dalam dunia’ appeared first on HibGlam.