Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selamat berangkat kembali di tanah air hari ini selepas selesai lawatan negara ke Persekutuan Russia selama lima hari.
Istana Negara dalam satu hantaran berkata, pesawat peribadi Seri Paduka Baginda tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada pukul 6.30 pagi.
Berangkat bagi menyambut keberangkatan tiba Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, bersama Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim Tunku Putera Johor.
Terdahulu, Sultan Ibrahim berangkat ke Russia bermula 5 Ogos lepas atas undangan Presiden Rusia Vladimir Putin.
Kunjungan ini disifatkan sebagai bersejarah kerana Seri Paduka Baginda merupakan Ketua Negara Malaysia pertama mengadakan lawatan negara ke Russia sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1967.
Lawatan itu adalah yang keempat dilaksanakan oleh Sultan Ibrahim selepas Singapura, China dan Brunei. – KOSMO! ONLINE
The post Agong selamat tiba di tanah air, selesai lawatan ke Russia appeared first on Kosmo Digital.