Auto Added by WPeMatico

PASANGAN kontroversi, Aslam Mazlan dan isteri keduanya, Marissa Dania Hakim hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding pengesahan pernikahan mereka di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Peguam syarie mewakili pasangan pempengaruh itu, Muhammad Ammar berkata, bagaimanapun pihak mahkamah menangguhkan prosiding tersebut ke satu tarikh lain.
Mahkamah menangguhkan prosiding hari ini sebab ini kali pertama kami hadir. Akan datang siasatan akan disambung. Bila tarikhnya, saya diminta anak guam untuk tidak mendedahkannya,” katanya.
Sementara itu Aslam berkata, penundaan prosiding terbabit dilakukan berikutan terdapat masalah teknikal.
Ada masalah sedikit berkenaan permohonan borang pengesahan pendaftaran pernikahan di luar negara. Kami diminta mengemas kini maklumat peribadi dan datang semula pada tarikh lain.
“Saya tak boleh ulas dengan lebih lanjut kerana menghormati mahkamah. Kalau ada apa-apa mungkin peguam saya boleh jawab.
“Borang itu pun sebenarnya sudah lama kami serahkan kepada peguam. Semuanya akan diuruskan pihak peguam,” katanya.
Begitupun Marissa yang jalan beriringan dengan suaminya hanya mendiamkan diri apabila ditanya media.
Pasangan sensasi berkenaan tiba di mahkamah sekitar tengah hari dengan mengenakan pelitup muka dan terus bergegas pulang selepas satu jam berada dalam dewan bicara.
Terdahulu, nama Marissa juga anak kepada pelakon Norman Hakim serta Abby Abadi menjadi bualan ramai selepas bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Mereka dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam Misya Mazlan yang ketika itu sedang menunaikan umrah.
Pernikahan tersebut juga berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa termasuk ibu bapanya. – HIBGLAM
The post Isu borang, daftar pernikahan Marissa, Aslam di Siam ditangguh appeared first on HibGlam.